Kelas Ms. Excell & Word (Membuat Jadual Kelas)
13 September 2020 | Aktiviti TerkiniJumaat bersamaan 12 September 2020, Pusat Internet Tebelu telah mengadakan Kelas Ms.Excell (Membuat Jadual Kelas) bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Tebelu. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Excel. Selain sesi pembelajaran tentang cara-cara menggunakan Ms Excel, peserta diminta menyiapkan jadual kelas masing-masing menggunakan program Ms Excel.
Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Excel. Kemudian,peserta diminta menyiapkan jadual kelas masing-masing. Pada akhir kelas peserta telah tahu membuat jadual kelas sendiri menggunakan font yang sesuai, membuat border line, menggunakan button merge& centre serta alignment text supaya kelihatan lebih kemas. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: